Tiga lagi rakyat Palestin meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan teruk, lapor WAFA memetik sumber perubatan di hospital di Jalur Gaza.
Kematian terbaharu ini menjadikan jumlah kematian berkaitan kebuluran di enklaf terkepung itu kepada 376, termasuk 134 kanak-kanak.
Sejak pengisytiharan rasmi kebuluran di Gaza oleh Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) pada 22 Ogos, 98 kematian telah direkodkan, antaranya 19 kanak-kanak.