Pihak berkuasa Turki pada Selasa menahan tiga orang di Istanbul kerana disyaki mengintip untuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), kata Pejabat Ketua Pendakwa Raya Istanbul, Xinhua melaporkan.
Menurut kenyataan pejabat itu, operatif perisikan UAE didakwa menggunakan talian mudah alih yang diperoleh daripada pengendali Turki dan profil dalam talian palsu untuk menghubungi kakitangan yang bekerja di jawatan penting dalam industri pertahanan Turkiye, lapor Xinhua.
Suspek juga dilaporkan cuba mengakses telefon yang digunakan oleh Kementerian Luar Negeri dan beberapa pegawai luar dalam usaha mengumpul data biografi individu yang berada dalam kedudukan kritikal.
Pejabat itu menambah bahawa suspek keempat yang dikaitkan dengan kes itu berada di luar negara, dan waran tangkap antarabangsa telah dikeluarkan, lapor Xinhua, semua suspek didakwa melakukan pengintipan ketenteraan dan politik.











