Sheikh Abdul Sattar al-Quraghuli, Imam sebuah masjid di daerah Dora selatan Baghdad, dibunuh pada Jumaat di dalam masjid, lapor Xinhua memetik Sunni Endowment, yang menyelia hal ehwal agama Islam Sunni di Iraq, menerusi satu kenyataan.
Pelaku yang terlibat dalam kejadian itu telah ditahan dan akan dibawa ke muka pengadilan.
Sumber dari Kementerian Dalam Negeri Iraq memberitahu Xinhua, al-Quraghuli dibunuh oleh sekumpulan “penganut radikal” yang bergabung dengan kumpulan ekstremis agama.
Menurut itu, beberapa individu yang mengepung dan menyerang ulama di dalam masjid telah ditangkap oleh pasukan keselamatan.
Walaupun keganasan keseluruhan telah menurun di Iraq sejak kekalahan Islamic State pada 2017, serangan sporadis (sekali-sekala) ke atas pasukan keselamatan, pemimpin agama, dan orang awam kekal menjadi punca ketidakstabilan di negara itu.











