Venezuela bersedia untuk “sebarang serangan” Amerika Syarikat, kata ketua pertahanan

Venezuela bersedia untuk “sebarang serangan” dari Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Pertahanan Venezuela Vladimir Padrino Lopez pada Ahad, menurut laporan Xinhua.

“Kami akan lawan jika anda berani menjejakkan kaki di Venezuela,” Padrino Lopez dilaporkan memberi amaran kepada kerajaan AS dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh media kerajaan.

Venezuela berada di bawah kepungan yang bertujuan untuk mencetuskan huru-hara dalaman dan menjejaskan kepimpinan politik negara, kata ketua pertahanan itu.

“Pengumuman penempatan tentera laut ini di perairan Caribbean tidak lebih daripada menunjukkan kekuatan, cara menandakan wilayah, supaya kuasa lain tidak akan mengawal Laut Caribbean,” katanya merujuk kepada gerakan tentera AS di rantau itu.

Angkatan Bersenjata Venezuela sedang mengawal sempadan maritim dan ruang udara negara itu sebagai menyahut seruan Presiden Nicolas Maduro untuk mengukuhkan Militia Kebangsaan Bolivarian, kata pegawai itu.

Menurut Padrino Lopez, 15,000 anggota tentera telah dikerahkan ke wilayah barat Venezuela.

Menteri itu juga menekankan usaha keselamatan domestik tentera, dengan menyatakan bahawa operasi antidadah telah membawa kepada kemusnahan lebih 30 pos penjenayah dan kemudahan pembinaan bot haram.

Ketegangan di Laut Caribbean dilaporkan semakin memuncak selepas AS mengerahkan kapal perang dekat pantai Venezuela awal bulan ini, yang disifatkan Washington sebagai sebahagian daripada strateginya untuk memerangi kartel dadah antarabangsa.

Beberapa pemimpin di rantau itu, termasuk Presiden Mexico Claudia Sheinbaum dan Presiden Colombia Gustavo Petro, mengkritik gerakan tentera AS dekat Venezuela di Laut Caribbean.

Produk Shopee

Living For Modern Sofa GG Sofa Room Fyking Sofa Set Sofa 2 Seater Sofa Murah Sofa 3 Seater 沙发 GG
Meja Makan dan Kerusi Meja Makan Rumah Moden Meja Makan Mudah dan Kerusi Set Meja Makan Corak Marmar Tiruan Meja Makan Rumah Bekalan Meja Makan
F&F : Lazzo 382 sofa muji style /sofa kayu /sofa 3 seater /sofa 2 seater /sofa murah
1/2/3 Seater Sofa Bed Solid Wood Sofa Fabric Northern Canvas Sofa Sofa Chair Kerusi Sofa Ruang Tamu Living Room沙发椅沙发床
Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather Tochigi Leather Men’s Wallet Fold YKK Zipper Coin Purse Large Capacity Slim Bifold Wallet (Green) Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather
Tulips wallet for woman small wallet trifold wallet with coin purse with card holder pouch wallet mini Heart cute wallet korean style PU leather wallet for women Girl wallets short
Technology Sofa Living Room Fabric Apartment Sofa Sofa Sofa Rental Room Cloth Sofa Small Apartment Sofa Tofu Block 7XRB
EASY CLEAN【JFW-HETTY SOFA】SOFA 3 SEATER / PET FRIENDLY SOFA/ SOFA MURAH / SOFA RUANG TAMU/ SOFA SET
3/2/1 Seater Sofa Chair Nordic Sofa Square Sofa Chair Sofa Bed mini Kerusi Sofa Living Room Home Furniture沙發椅
MENSPE Men’s Wallet Retro Men’s Short Wallet PU Leather Wallet Fashion Wallet Foldable Wallet Large Capacity Wallet Business Wallets Vintage Wallet Driver’s License Wallet ID Credi
MENSPE Men’s Wallet Three Fold Wallet Fashion Wallet Short Wallet Super Soft PU Wallet Foldable Wallet Retro Wallet Zipper Wallet
MENSPE Wallet Men Wallets Fashion Long Short Wallet PU Leather Long Wallet Business Wallets Men’s Anti-theft Soft Wallet Splicing Two Fold Ultra-thin Long Wallet