Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Isnin berkata, negaranya telah membuat pesanan untuk memperoleh 100 jet pejuang Dassault Rafale sebagai bahagian daripada perjanjian yang ditandatanganinya dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron, lapor Anadolu.
“Ukraine baru sahaja membuat tempahan bersejarah untuk 100 jet pejuang Rafale untuk melengkapkan tenteranya,” Zelenskyy memberitahu wartawan sejurus selepas menandatangani deklarasi hasrat dengan Macron, berita Anadolu memetik agensi berita negara Ukrinform.
Penandatanganan dokumen itu, yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara, dilapor berlangsung di pangkalan udara Villacoublay dekat Paris.
Zelenskyy tiba di Perancis berikutan lawatan ke ibu negara Greece, Athens, di mana syarikat gas kedua-dua negara menandatangani surat hasrat mengenai pembekalan gas asli cecair (LNG) dari AS ke Ukraine pada musim sejuk yang akan datang.
Presiden Ukraine itu dijadualkan melawat negara jiran Sepanyol pada Selasa, menurut Anadolu.











